Tomorrow X Together
Tomorrow X Together

Tomorrow X Together

Tomorrow X Together (digayakan dengan semua huruf besar dan dibaca sebagai Tomorrow by Together) atau juga dikenali dengan singkatan TXT adalah suatu kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Big Hit Entertainment (kini dikenali sebagai Big Hit Music). Kumpulan muzik ini terdiri daripada lima orang anggota.[2][3]Mereka membuat penampilan sulung pada 4 Mac 2019 dengan album mini (EP), The Dream Chapter: Star.[4] EP tersebut memperoleh kedudukan pertama dalam Carta Album Gaon dan Carta Album Dunia Billboard, serta memasuki Billboard 200 Amerika Syarikat di tangga ke-140. Single utamanya iaitu "Suatu Hari, Tanduk Tumbuh Daripada Kepalanya (Mahkota)" (tajuk asal: 어느날 머리에서 뿔이 자랐다 (CROWN)) berjaya berada di kedudukan nombor satu dalam carta Lagu Digital Dunia Billboard.Kejayaan komersial awal Tomorrow X Together memberi mereka beberapa anugerah artis baharu, termasuklah Anugerah Pendatang Baharu di Anugerah Golden Disc ke-34 dan Anugerah Muzik Melon 2019, Artis Baharu Tahun Ini di Anugerah Muzik Carta Gaon ke-9 dan Artis Lelaki Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet 2019.

Rujukan

WikiPedia: Tomorrow X Together http://www.koreatimes.co.kr/www/art/2019/03/732_26... https://web.archive.org/web/20190308134555/http://... https://www.wikidata.org/wiki/Q60550265#identifier... https://txt.ibighit.com/ https://isni.org/isni/0000000476370489 https://www.worldcat.org/identities/nc-tomorrow%25... https://librarian.nl.go.kr/LI/contents/L2010100000... https://musicbrainz.org/artist/9d027d72-790e-40ec-... https://archive.li/eZ5TN https://www.breaknews.com/sub_read.html?uid=626992